Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, April 18, 2009

(210) ABO @ Bukit Gantang - HOT di Kuantan, Cool di Penanti !


Wak sangat bersetuju dengan DS Najib yang menyatakan bahawa BN kemungkinan tidak akan bertanding pilihanraya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus dari semua parti komponennya. Wak juga mengerti bahawa Najib memang seorang yg bijak dalam soal itu. Apakah kita berani terjun ke dalam gaung yang telah kita ketahui dibawahnya terdapat ular2 'conda' yang telah sedia lapar. Mencari nahas jawabnya. Lalu wak setuju benar jika BN tidak bertanding.

Kita biarkan PKR dan calon Bebas saja yg bertanding. Juga wak sangat bersetuju dengan apa yg dicadangkan oleh pihak SPR agar jumlah penyokong yg hadir ke penamaan calon dihadkan. Kalau boleh biar 2-3 orang cukuplah. Yang lain tak payah datang. Lagipun BN tak bertanding. Dah tentu tak meriah. Aksi lucah Puteri tahun lepas pun tak dapat nak di tonton. So..cantik sangat la tu, sokong SPR. Pondok Panas pun tak payah pacak, cukup ajer dgn payung Pasar Tani tu buat tempat teduhan. Poster calon pun tak payah tampal2 ke merata ceruk. BN kan tak bertanding. Apa kelasss...nak layan calon Bebas. Buat ala kadar sudah. Kalau nak boomm lagi, ini wak sokong, gunakanlah Media Maya iaitu Blog, berkempen lah melalui blog. BN kan tak nak bertanding.

Ceramah pun tak payah nak kecoh2 buat. Cukup ler ceramah kat kedai kopi, warung makan atau di kopitiam. Sambil ceramah buleh belasah teh tarik komtar, dengan roti canai kuah parpu. Kan BN tak mau tanding. So..jimat banyak belanja nak sewa padang ceramah. Tak gitu yeop !

Dibawah artikel yang wak terima dari email wak untuk dikongsi bersama,

Update dari Kuantan, Pahang
Terbukti, ternyata dan jelas di mata rakyat betapa Najib yang baru ditabalkan sebagai PM Malaysia tidak mendapat sambutan yang sewajarnya oleh rakyat di Negeri Pahang, negeri kelahirannya. Kehadiran rakyat Pahang menyambut beliau pada hari ini 18 Apr 2009, seolah-olah menggambarkan Najib bukan anak jati Pahang dan tiada bezanya jika dibandingkan dengan lawatan Pak Lah ke Pahang sebelum ini.

Meskipun kehadiran ramai anggota keselamatan terdiri dari tentera dan Polis, pasukan-pasukan beruniform, jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan bahkan termasuk budak-budak PLKN yang dikerah untuk hadir, namun tidak dapat menyembunyikan betapa hambarnya majlis yang telah diadakan di Padang MPK 1 Kuantan tersebut.

Sambutan dingin buat Najib ke Pahang amat ketara di dalam kehangatan cuaca panas pada masa itu. Sambutan yang sudah tentunya mengecewakan kerajaan Negeri Pahang di bawah Dato' Nan berlanjutan sehingga ke Pekan pula selepas itu. Di Pekan, lebih mengecewakan apabila jika dilihat melalui siaran langsung oleh RTM, kebanyakan yang masih terpacak memegang bendera Umno, BN dan banner memuji Najib adalah dari pasukan beruniform dan ahli-ahli Umno yang beruniform juga. Hampir separuh daripada yang berdiri di depan pentas Najib berucap adalah budak-budak PLKN. Ternyata MB Pahang gagal di dalam meraikan sambutan ke atas Najib. Mungkin beliau menyedari nasib beliau di kerusi MB Pahang pun seperti di hujung tanduk ketika ini. Maka, tidak hairanlah di dalam ucapan MB Pahang dalam majlis tersebut, beliau memuji-muji Najib dan tidak lupa juga menyebut-nyebut nama Rosmah.

Di dalam ucapan Najib, beliau berkata dia terharu kerana ada kawasan yang dilaluinya terdapat banner tertulis `PAS mengalu-alukan lawatan PM'. Mungkin untuk menunjukkan kononnya PAS Pahang juga turut meraikan kehadirannya. Itulah PAS yang bersopan apabila membezakan lawatan politik dengan lawatan rasmi PM. Malangnya, kebanyakan bendera dan banner menyambut Najib hari ini adalah melambangkan lawatan Presiden Umno bukan PM walaupun jentera yang digunakan untuk menjayakan majlis tersebut adalah jentera kerajaan.

Nampaknya, Najib gagal untuk menunaikan janjinya untuk melakukan transformasi. Apa perlunya tentera, polis dan pasukan keselamatan yang lain termasuk budak-budak PLKN hadir semata-mata untuk menyaksikan bendera-bendera Umno/BN berkibaran di sekeliling Najib hari ini? Masa mereka begitu banyak terbuang demi untuk meningkatkan imej Umno di Pahang.

Tanpa dirancang jauh sekali untuk berpakat, hari yang sama di sebelah petangnya PKR Pahang mengadakan Majlis Menyambut Lawatan DS Anwar ke Pahang di samping merasmikan Pejabat Perhubungan PKR Pahang yang baru di Beserah.

Acara kemuncak lawatan tersebut adalah ceramah oleh DS Anwar di tempat yang sama. Tiada bas percuma yang disediakan jauh sekali untuk menyediakan nasi bungkus atau air mineral percuma kepada rakyat Pahang yang hadir. Bahkan, promosi terhadap program tersebut kurang meluas melainkan dihebahkan melalui blog dan web di internet. Poster-poster yang ditampal di beberapa kawasan tidak bertahan lama kerana dikoyak dan dibuangkan oleh `jin dan hantu-hantu' yang sentiasa berkeliaran. Namun demikian, bagi pembangkang di Pahang perkara tersebut sudah biasa dialami meskipun kononnya berlaku transformasi di bawah Najib selaku PM.

Begitulah bezanya perjuangan yang hak dan perjuangan yang bathil. Perjuangan yang dilihat ikhlas tetap akan mendapat sokongan dari rakyat tanpa dipaksa atau disediakan kemudahan dan wang ringgit. Tetapi perjuangan yang tidak ikhlas dipenuhi dengan retorik semata-mata pasti ditolak rakyat. Perjuangan yang berpura-pura akan disokong oleh mereka yang juga menyokong secara berpura-pura.

Sehingga kini kita tidak dapat melihat aras sokongan terhadap Umno khususnya kepada Najib semakin meningkat kerana sebelum Najib mengangkat sumpah sebagai PM lagi, terlalu banyak perkara yang rakyat telah tahu tentang Najib. Najib gagal mengambil kesempatan baik sewaktu di Pahang hari ini untuk membersihkan namanya sebaliknya beliau masih berucap dengan irama dan lagu yang lama. Kesimpulannya, lawatan Najib ke Pahang tidak seperti yang dijangkakan dan tidak berbaloi sama sekali. Dilaporkan oleh WFAUZDIN NS via email

0 comments: