Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, April 21, 2009

Mukhriz: Hukum wakil rakyat letak jawatan sesuka hati - malaysiakini

Apr 21, 09 1:40pm
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dicadang mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata perbuatan meletak jawatan dalam kalangan anggota Parlimen atau ADUN pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi kecenderungan bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian.

mukhriz pemuda umno 050906 thinkPerbuatan itu, katanya, merugikan rakyat dan negara kerana pilihanraya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti-parti yang bertanding, lapor Bernama.

"Kita ingat dulu di Permatang Pauh, (Presiden PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan begitu mudah walaupun sihat, menyerahkan jawatan kepada suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim), maka berlakunya pilihanraya kecil di situ.

"Apa (hukuman) yang dianggap wajar, terpulanglah kepada SPR. " kata Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita selepas merasmikan satu bengkel usahawan wanita di Kota Bharu hari ini.

Mengenai kekosongan kerusi DUN Penanti yang dikosongkan oleh Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR, Mukhriz berkata beliau setuju dengan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya BN bertanding dalam pilihanraya kecil di situ walaupun BN sedang memikirkan untuk tidak meletakkan calon kerana membantah tindakan penyandang kerusi itu melepaskannya tanpa alasan yang kukuh.

"Mungkin ada baiknya kita bertanding di situ. Tapi saya rasa geram jugalah, geram kerana mereka (pembangkang) seolah-olah setiap bulan nak ada pilihanraya kecil," katanya.

0 comments: