Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, April 17, 2009

Saman la Raja Petra tu, Datuk Seri PM!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kata kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kabinet perasuah. Tetapi, dengan terus terang beliau menyatakan bahawa di dalam kabinet Najib masih terdapat peribadi-peribadi yang keji (unsavoury characters) yang dituduh terlibat dengan rasuah dalam kerajaan sebelum ini.

Berikut ialah apa yang beliau tulis dalam blognya:
Unfortunately the inclusion of several unsavoury characters who had been accused of being corrupt while in the previous Government, seem to negate this desire.
Pada pandangan beliau, kewujudan beberapa sang keji itu menidakkan apa yang beliau dakwa sebagai keinginan Najib untuk membersihkan Umno dari ahli-ahli politik yang terang-terangan terlibat dengan rasuah.

Keinginan Najib untuk membersihkan Umno dari ahli-ahli politik yang terang-terangan terlibat dengan rasuah? Tak taulah, Tun!

Yang saya ingat ialah pertanyaan Tun yang sangat popular kebelakangan ini, "Masyarakat yang mana yang mahu terima kerajaan perasuah?"

Letih sungguh saya ni, Tun! Setiap kali saya terdengar Tun dok sebut keazaman Najib untuk membersihkan kerajaan dan Umnonya dari rasuah, saya teringat tulisan Raja Petra bertajuk "My name is RPK, I am Malaysian, and I am no prostitute".

Antara lain, anak raja Bugis itu mendakwa:
"But I was offered the opportunity to prostitute myself. One day, some time back, a person by the name of Rusdi Mustaffa who works for Deputy Prime Minister Najib Tun Razak, called me and said he wanted to meet me. I was then at the Havana Club in the Concord Hotel in Kuala Lumpur enjoying cigars with my friends.

"Rusdi arrived way past midnight and we talked. He wanted to know how much I wanted. I did not understand what he meant and told him so. He repeated the question and asked me how much I wanted to stop writing about Najib and Altantuya. Name my price".

Lebih kurang maknanya: "...saya dihidangkan peluang untuk menjalangkan diri saya. Satu hari, tak berapa lama dahulu, seorang yang bernama Rusdi Mustaffa yang berkerja dengan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak menghubungi saya dan memberitahu saya bahawa beliau mahu bertemu dengan saya. Ketika itu, saya sedang bersedap-sedap menghisap cerut dengan beberapa kawan di Havana Club di Concord Hotel, Kuala Lumpur.

"Rusdi tiba selepas tengah malam dan kami berbual. Beliau mahu tahu berapa banyak wang yang saya mahu. Saya beritahu beliau bahawa tak faham apa yang dimaksudkannya. Beliau mengulangi soalannya dan bertanya kepada saya berapa banyak wang yang saya mahu untuk menghentikan tulisan mengenai Najib dan Altantuya. Beritahu berapa banyak saya mahu".
Jika yang kata lebih kurang makna dia tu langsung tak sama, harap maklum bahawa saya ni tak tau cakap Orang Putih. Aku main belasah ja! Kalau penceritaan saya dalam Bahasa Melayu itu tidak betul, harap sangat-sangat tolong betulkan.

Pet juga mendakwa:
I never knew Tun Dr Mahathir as being a joker. I told Tun Dr Mahathir I have never received any money either to write or not write an article or expose in Malaysia Today, “Not even from you,” I added as I pointed to the Tun. He just smiled. I wanted the point to be driven home that I am not a prostitute. I think from that day the Tun and I strengthened our respect for each other. I then kissed Tun’s hand and left his office.

Tun Dr Mahathir phoned Tengku Adnan Tengku Mansor and asked him to go and see Najib. Najib was then in Pekan so Tengku Adnan had to fly to Kuantan and drive down to Pekan. The message from Tun was short and sharp. “Don’t try to buy my boy. I know you tried to buy off Raja Petra.”

Within minutes I received a call from Rusdi. He was angry as hell. “I thought I could trust you. Why did you tell Tun about our meeting last night?” I told him that I told Tun so that Najib can be sent the message that I am not for sale, not for any amount of money. And I wanted no less than Tun Dr Mahathir Mohamad to deliver this message to Najib, his ‘boy’, which he did through Tengku Adnan.

Lebih kurang maknanya: Saya tak tahu Tun Dr Mahathir suka bergurau. Saya beritahu Tun bahawa saya tak pernah menerima sebarang jumlah wang untuk menulis atau tidak menulis atau membuat sebarang pendedahan dalam Malaysia Today. "Malah daripada Tun pun tak pernah," tambah saya sambil saya menunjuk ke arahnya. Dia hanya tersenyum. Saya mahu Tun tahu bahawa saya bukan pelacur. Sejak dari hari itu, saya rasa Tun dan saya semakin menghormati satu sama lain. Saya kemudiannya mencium tangan Tun dan meninggalkan pejabatnya.

Tun Dr Mahathir menelefon Tengku Adnan Tengku Mansor dan memberitahu beliau supaya pergi berjumpa Najib. Najib ketika itu berada di Pekan. Tengku Adnan terpaksa menaiki kapal terbang ke Kuantan untuk ke Pekan. Pesanan dari Tun ringkas dan padat. "Jangan cuba beli budak saya. Saya tahu kamu nak beli Raja Petra".

Dalam beberapa minit sahaja selepas itu, saya menerima panggilan telefon dari Rusdi. Dia naik angin tahap neraka. "Saya ingat saya boleh percaya kamu. Kenapa kamu beritahu Tun yang kita berjumpa malam tadi?" Saya beritahu beliau bahawa saya memberitahu Tun mengenai pertemuan itu supaya Najib boleh diberitahu bahawa saya bukan untuk dijual, tidak kira berapa banyak pun tawarannya. Dan saya mahu tidak kurang dari Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang mengingatkan Najib, 'budak'nya, tentang perkara itu - yang memang dilakukannya melalui Tengku Adnan.
Raja Petra tidak menyebut satu nama sahaja dalam ceritanya. Bukan setakat nama Rusdi yang dilibatkannya, malah nama Dr Mahathir, Najib dan Adnan turut dilibatkan.

Sebelum ini, saya sentiasa mendesak Najib mengambil tindakan ke atas akhbar Liberation dan akhbar-akhbar lain di sini. Saya juga selalu petik apa yang Tengku Razaleigh tulis dalam blognya:
The BMF scandal of the 1980’s also had its share of lurid detail. There too a large sum of money and a murder was involved. An unseen hand had woven the threads of the story around me to destroy me politically. But when international newspapers alleged that I was involved in any wrongdoing, I took action against each and every one of them in their home jurisdictions.

I sued The Telegraph and The Sunday Times of the UK, and The South China Morning Post of Hong Kong. I won all three cases, the newspapers published unreserved apologies and printed retractions covering half a broadsheet page each, and I came away with a tidy sum of money for my trouble.
Nah! Sekarang tak perlu ambil tindakan di luar negara. Dalam negara pun boleh ambil tindakan. Sama ada secara langsung atau tidak langsung, Raja Petra menggambarkan Najib adalah taik rasuah - dakwaan yang bertentangan dengan apa yang Dr Mahathir dakwa sebagai keinginan Najib untuk membersihkan Umno dari ahli-ahli politik yang terang-terangan terlibat dengan rasuah.

Boleh buat tindakan undang-undang terhadap Raja Petra dalam negara ini yang Perdana Menterinya adalah Datuk Seri sendiri, Datuk Seri Najib!

Jika Raja Petra adalah kaki putar alam yang menulis cerita bohong, bukan setakat Datuk Seri seorang yang boleh mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, Datuk Seri. Nampak tak, dia turut melibatkan nama Rusdi, Dr Mahathir dan Adnan. Lebih penting dari semua itu, tindakan undang-undang boleh sangat dibuat dalam negara ini yang Perdana Menterinya adalah Datuk Seri sendiri, Datuk Seri Najib!

Saya dah tak sabar sangat dah nak melihat Datuk Seri tampil dengan wajah yang berseri-seri!

Berkaitan:
Dr M says Najib’s Cabinet has "unsavoury characters" (Malaysian Insider 17/4/09)
Is the new captain another football captain just warming up? It may be worse, the team (i.e. advisers) is still in the dressing room! (Matthias Chang 16/4/09 - komen-komen di sini)
Matthias Chang warns Najib: Shape up or ship out (Malaysian Insider 17/4/09)
KT: Najib takut jadi referendum terhadapnya (Blog ini 6/1/09)

0 comments: