Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, May 30, 2009

MUSANG BERJANGGUT ALAF BARU

Assalamualaikum..

Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR (chegubard) sekali lagi terpaksa memberikan keterangan selama tiga jam kepada polis. baca berita penuh di sini.

Teringat aku pada filem Alayarham Tan Sri P.Ramlee. Cerita berjudul Musang Berjanggut. Kisahnya tentang seorang Sultan dan menteri2nya yg menaruh hati pada isteri org. Lalu berlumba Sultan dan menteri2nya mengushar isteri org tu. At last mereka semua kantoi dan tertangkaplah menteri nikah kawin yg dianggap sebagai musang berjanggut. Sultan yg terlibat secara langsung kerana turut mengushar, lalu baginda pun membuat satu undang2.. barang siapa yg bercerita lagi tentang musang berjanggut mereka akan dikenakan hukuman potong tangan. Tujuannya bagi mengelakkan rakyat bercerita tentang keburukan dan salahlakunya. So yang aku nak nyatakan kat sini.. ada kesinambungan x dgn cerita chegubard yg kena tangkap tu? hehehhee... jangan kena potong tangan sudah... wakakakakka....

Satu kebobrokan yg ada dalam kisah musang berjanggut ni.. semasa menteri nikah kawin mengushar bini org tu, dia telah diberikan satu soalan cepu berlian... " tidak salahkah seorang lelaki datang kerumah seorang wanita yg suaminya tiada dirumah..? " Dengan slumber menteri nikah kawin pun menjawab.. "Salah tu memang salah laa.. tapi itu undang2 kanda yg bikin.. semua boleh kasi padam.. " wakakakakkaka.... sama x dengan situasi kat malaysia yg diperintah oleh BN sekarang ni? Klau Pakatan Rakyat buat x boleh langgar undang2 katanya.. Tp klau dia dia buat semuanya xder hal... "Salah tu memang salah laa.. tapi itu undang2 umno yg bikin.. semua boleh kasi padam.." . wakakakakaka... betul x wahai org2 umno...? wakakakkaa...

0 comments: