Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, May 26, 2009

Penanti: Konspirasi Amina Dola



dsc00156

Amina Dola…seorang calon Bebas yang tiba-tiba menjadi hits dikalangan media arus perdana. Mengapa tidak Ramizu ataupun Naikhan Ari? Apa keistimewaan Amina Dola sehinggakan menjadi kesayangan akhbar milik UBN?

Apabila UBN tidak bertanding…ramai orang beranggapan UBN takut kalah. Dan apabila Amina Dola mengumumkan akan bertanding di Penanti..lama sebelum hari Penamaan calon, aku sudah mula memikirkan yang bukan-bukan. Aku pernah cakap bahawa Amina Dola mungkin kuda Trojan Umno untuk memalukan PKR di Penanti. Tetapi..bagi mereka yang berfikir didalam lingkungan undang-undang…tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

dsc09971Dalam pertemuan diantara Calon Penanti, Dr. Mansor dengan Bloggers Network Penang pada 1Mei 2009, kami merancang untuk membuat satu jaringan bloggers untuk melaporkan apa yang sebenarnya berlaku di Penanti supaya rakyat mendapat maklumat yang sebenar. Tetapi apabila UBN tidak bertanding…bloggers seolah-olah tidak diperlukan dan memang kami sendiri merasa bosan kerana tidak ada isu yang perlu diketengahkan.

Kalau setakat untuk menerangkan tentang kejayaan dan perancangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang… penceramah yang ada pun boleh buat. Kami dari team Perakexpress hanya membuat tinjauan pada hari penamaan calon dan balik ke Ipoh keesokan harinya.

Tetapi pada petang hari kedua…Amina Dola dah mula buat kacau. Amina tak macam dua lagi calon Bebas..Ramizu dan Ari. Kedua-dua mereka turun kepadang untuk berkempen..berjumpa rakyat dipasar malam atau pasar pagi. Sebaliknya..Amina hanya mengadakan sidang akhbar..lepas satu…satu.

Malam tadi aku dapat tau…Umno juga sudah berkempen. Umno juga berceramah. Macam mana mereka dapat permit untuk berceramah sedangkan mereka tidak bertanding? Macam mana mereka boleh dibenarkan mengibarkan bendera kalau mereka tidak bertanding?

dsc00159

Di Bukit Gantang…bendera PKR diperintahkan turun kerana yang bertanding ialah Pas. tapi diPenanti…bendera Umno bukan sahaja bebas berkibar..malah mereka juga boleh berceramah!! Bagi orang Penanti…Umno telah melakukan kesalahan…tapi bagi orang Perak…ia sudah menjadi kebiasaan. Kalau Umno melanggar undang-undang..bukan luar biasa.

Bukan takat gantung bendera dan berceramah…di Perak, Umno boleh heret Speaker dan merampas DUN, boleh tangkap orang pakai baju hitam dan hari ini menangkap orang berpuasa. Apa yang Umno tak buat? Kesalahan bagi kita…sudah jadi kebiasaan pada Umno.

Pasal apa Umno nak sebok di Penanti kalau mereka tak bertanding? Mungkin menyesal pasal tak masuk bertanding?

Umno tak bertanding bukan pasal tak mau membazir atau tak ikut perlembagaan. Umno tak bertanding kerana gagal menyelesaikan isu calon.

Pemimpin pusat mahukan seorang calon profesional..anak tempatan…tapi Ketua Bahagian sendiri mahu bertanding. Umno tau..kalau Ketua Bahagian tidak dicalonkan…calon pilihan pusat sudah tentu akan terperosok…macam yang berlaku kepada Arif Shah dalam PRK Permatang Pauh dulu.

Arif Shah kalah bukan sahaja kerana pengundi mahukan Anwar…tetapi Arif Shah kalah teruk kerana sabotaj dari Ketua Bahagian..Abd. Jalil Abd. Majid.

Daripada kalah lebih teruk dan memalukan…Najib membuat keputusan untuk tidak bertanding. Dengan tidak bertanding…Umno tak perlu menanggung malu…sebaliknya…mereka merancang untuk merampas Penanti dengan bantuan SPR dan SPRM.

Najib merancang untuk merampas Penanti seperti mana dia merampas Perak. Dengan menggunakan mahkamah. Dan Amina Dola menjadi kuda trojan UBN di Penanti.

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh Amina ialah cuba memerangkap pemimpin PKR yang baik dengannya. Dan dia berjaya menjemput Cheah Kah Peng dan Peter Lim kerumahnya untuk jamuan makan. Mereka memang berkawan baik sejak Amina masih dalam PKR.

Dalam jamuan makan tersebut…mereka bersembang dan bergurau…dan Amina bercerita tentang kekecewaanya terhadap PKR kepada Cheah. Dan Cheah cuba memujuknya untuk kembali kedalam PKR.

Aminah bercerita tentang pengorbananya didalam PKR…dan menilainya dalam bentuk wang…dan terkeluarlah jumlah RM80,000 ringgit.

Itu nilai pengorbanan Amina dalam PKR. Dan bagi Cheah Kah Peng…itu bukanlah jumlah yang banyak…dan kalau Amina mahu kembali kedalam PKR…Cheah sanggup membantunya untuk mendapatkan balik wang tersebut melalui peluang perniaagaan atau sebagainya.

Tanpa diketahui oleh Cheah…Amina merakam perbualan mereka dan perbualan tersebut lah yang menjadi bahan bagi Umno untuk membaham PKR di Penanti. Semuanya telah dirancang.

Dan sebaik saja Amina mengadakan sidang media…akhbar-akhbar Umno memberikan ruang yang cukup luas kepada tuduhan Amina tersebut. Mereka merasakan…tuduhan tersebut sudah cukup untuk menghilangkan kelayakan Dr. Mansor Osman dari bertanding. Dan mereka mahu meyakinkan rakyat bahawa sogokan wang itu benar-benar berlaku.

Dan itulah skrip yang dilakonkan oleh Amina hari ini apabila membuat laporan kepada SPRM.(lihat Malaysiakini)

Tetapi apabila Audio CD yang diedarkan itu didengari oleh SPRM Pulau Pinang…tak ada kes. Lagi pun peristiwa itu berlaku pada 13 Mei…lama sebelum Penamaan Calon! Dan Amina belum lagi memutuskan untuk bertanding.

Dan Amina menukar ceritanya lagi hari ini. Berlainan dengan apa yang diceritakannya tempoh hari.

“Aminah’s latest statement, however, contradicted what she said last Saturday after the nomination process, when she told journalists that she had been offered a cash bribe.

Dan dia akan terus berdalih..sehinggalah dia mendapat satu cerita yang boleh dipercayaai.

Amina masuk bertanding bukan untuk menang…tapi mahu menyingkir Dr. Mansor melalui SPR, SPRM dan mahkamah. Dan ini sudah menjadi ‘trade mark’ Perdana Menteri 1Malaysia.

Oleh: MSK


BS: Aku rasa sebagai org PR sikit pun aku x heran dgn perkara mcm ni.. Tp klau org UBN baca mesti dia kata ni semua fitnah.. Ok.. yg aku nak katakan x banyak.. Klau korang rasa ni semua fitnah p la saman perak express.. nak tgk posting dia ada kat sini... wakakakaka.. ada berani ka..?

1 comments:

Gedung Akal said...

Tuan-tuan,,
AWAS, POLITIK hari ini memang tidak dijangka- SAMA SELKALI.
Awas,
AMINA DOLAH mungkin sertai BN dalam tempoh berkempen!!!

Awas,
Pakatan Rakyat jangan leka dan rasa sudah menang.
Sila sebarkan.