Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, May 6, 2009

Rais: Bohjan yang tidak bertanggungjawab



Posted on Wednesday, May 06 @ 07:00:00 MYT by Paktam

Oleh Adnan Ibrahim

"Berani buat berani tanggung." Seringnya ungkapan seperti ini dituju kepada golangan belia yang terlajak dalam pergaulan . Terlalu bebas antara lelaki dan perempuan sehingga menimbulkan masalah gejala sosial.



Hasil hubungan bebas itu, kerapkali berlaku perempuan mengandung anak luar nikah. Apabila sampai kepengetahuan keluarga atau insentif perempuan itu sendiri bagi mengelak malu, maka diancam bohjan supaya bertanggungjawab. "Sudah buat kena bertanggungjawab."

Sekiranya bernasib baik si bohjan mengambil sikap bertanggungjawab maka selamat nama baik kedua keluarga terbabit. Bagaimanapun tidak kurang juga yang menghilangkan diri sama ada mahu menjaga nama baiknya atau keluarga beliau kerana perbuatannya merosakkan anak orang.

Atau mungkin juga kerana perangainya yang jahat dan suka lari daripada tanggungjawab. Kalau sebut soal taubat jauh sekali. Malah orang seperti ini boleh memangsakan gadis lain pula. Kejahatan orang seperti ini mungkin kerana ada uminiti, orang berpangkat dan terhormat atau memang perangainya jahat.

Perangainya yang jahat mungkin kerana feelnya jahat. Malah kejahatan ini boleh menjadi orang seperti itu cukup licik yang boleh mengelak daripada undang-undang sama ada menggunakan keilmuan undang-undang atau taktikal sebagaimana yang dikatakan "tidak termakan dengan undang-undang."

Kalau Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim tetap membisu dalam menjawab isu debat beliau mencabar bekas Menteri di Jabatan Perdana, Dato' Zaid Ibrahim, beliau seolah seperti bohjan tidak bertanggungjawab tadi.

Kenapa Rais berani 'buat', maksudnya kenapa Rais berani mencabar Zaid berdebat. 'Sampai mengandung gadis itu' - Zaid menyambut cabaran debat tersebut. 'Berani buat berani tanggung' - Berani cabar kena berani sahut.

Menteri berkenaan mendakwa Zaid sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar.

Rais juga dilaporkan pernah berkata, tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap Najib mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design". Katanya, perbuatan media itu bukan satu perkara baru kerana mereka pernah menggunakan taktik yang sama tetapi gagal sewaktu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara.

'Sudah buat tidak pula mahu taubat'. Kalau tidak berani berdebat minta maaf kerana mencabar Zaid. Bertaubat tidak mengualngi kerana cabaran beliau itu memberi implikasi bahawa beliau yang betul dan orang lain salah. Jangan mahu tegak benang basah dan menunjukkan orang lain tidak betul.

Sebaliknya kemuncak drama ini 'bisu'. Apakah keputusan Rais sama ada ambil tanggungjawab atau hilangkan diri (membisu). Dimana prinsip Rais ini?

Nanti hilang kredibiliti kerana Najib tetap melantik beliau dalam Kabinet walaupun kalah dalam pertandingan dalaman Umno. Sepatutnya Rais kena jaga nama baik beliau.

Apakah Rais sudah silap pertimbangan dalam usaha menjaga nama baik ketuanya kerana berkelulusan Phd dalam bidang undang-undang yang lebih tinggi keilmuannya daripada Zaid, rupa-rupanya tersilap mencabar 'harimau yang ada taring'.

Di mana hilangnya keberanian Rais yang mencabar Zaid sehingga tiba-tiba timbul pengcut dan membisu seribu bahasa sebaliknya pandai pula berdalih dengan alasan bagi mengelak kenyataannya kepada media berhubung sahutan debat Zaid.

Rais kena buang sifat pengecut. Tunjuk kejantanan sepertimana jantannya bekas Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Chik bersedia berdebat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Julai lalu, di Dewan Bahasa dan Pustaka disiar secara langsung oleh televisyen swasta.

Buktikan keilmuan 'pengajian habis darjah' yang diperolehi beliau itu betul-betul bermanafaat pada negara dan mempertahankan ketuanya daripada serangan musuh politik Najib. Jika tidak apa faedahnya Najib melantik beliau yang ada ilmu tinggi tetapi langsung tidak mampu menjadi barisan pertahanan Najib menangkis dakwaan pembangkang.

Atau apakah Rais berhasrat menggunakan penyimpan mohor diraja bagi mengumumkan debat terpaksa dibatalkan seperti mana pernah berlaku pada 1986 dimana penyimpan mohor tersebut mengumumkan melalui televisyen bahawa debat antara PAS dengan Umno tidak jadi.

Debat tersebut bagi membincangkan tuduhan Umno mengatakan PAS mengkafirkan Umno. Semua tarikh dan masa serta tempat debat ditentukan Umno. PAS tidak memberikan apa-apa syarat bagi menjayakan debat tersebut. PAS menyebut debat tersebut sebagai muzakarah sebaliknya media terus menggunakan istilah debat.

Selama ini penyimpan mohor diraja hanya keluar tiga kali dalam televisyen Malaysia iaitu bagi menentukan tarikh berpuasa, menyambut raya Aidilfitri dan tarikh tentukan raya Aidiladha.

Apabila penyimpan mohor keluar televisyen pada hari tersebut bagi mengumumkan debat tidak jadi ia cukup mengejutkan rakyat Malaysia.

Jadi siapa sebenarnya yang mainkan raja-raja Melayu?

(edit by BS)

2 comments:

Anonymous said...

new guys! halt the latest freeing [url=http://www.casinolasvegass.com]casino[/url] games like roulette and slots !about manifest the all strange release [url=http://www.casinolasvegass.com]online casino[/url] games at the all behindhand www.casinolasvegass.com, the most trusted [url=http://www.casinolasvegass.com]online casinos[/url] on the entanglement! dig our [url=http://www.casinolasvegass.com/download.html]free casino software download[/url] and win money.
you can also validate other [url=http://sites.google.com/site/onlinecasinogames2010/]online casinos bonus[/url] . you should also check this [url=http://www.realcazinoz.com/fr]Casino en ligne[/url], [url=http://www.realcazinoz.com/it]Casino Online[/url] and [url=http://www.realcazinoz.com/es]casino en linea[/url] games. join the the largest [url=http://www.texasholdem-online-poker.com/]online poker[/url] room. check this new [url=http://www.realcazinoz.com/paypalcasino.htm]paypal casino[/url]. [url=http://www.ttittancasino.com]Online Casino Spiele[/url] , buy [url=http://www.web-house.co.il/acai-berry.htm]acai berry[/url] . [url=http://www.avi.vg/search2.php?a=sex4sexx&ser_key=bondage+]bondage[/url] [url=http://www.thecasino.co.il/ilcasino.htm]casino[/url] . [url=http://en.gravatar.com/willinger18]online casino games[/url] , [url=http://www.web-house.co.il/buy-k2.htm]Buy k2[/url] and new [url=http://casino-online.wikispaces.com/Online+Casino+Games]online casino[/url]

Anonymous said...

Like a immense candle which shanghai escort is trembling to trend such as plunge pitch Do not put off pile up between plates wheeled cadency