Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, June 8, 2009

KERAJAAN PERPADUAN LAGI


salam,

Mendengar ucapan penutup presiden pas, sememangnya boleh diterima bahawa keperluan untuk terbuka dan bercakap dgn semua orang. Dari perspektif dakwah, ianya memang betul. Malah ucapan pnggolongan ketua dewan ulama itu sememangnya dipersetujui walaupun ucapan itu seolah olah perwakilan tidak tahu bahawa dalam memenangi undi, kita bercakap dgn semua org termasuk ahli umno.
Itu semua org tahu, utk menang pilihanraya dgn mendapat undi, kita perlu bercakap dengan semua org. Dan sudah berpuloh tahun pas melakukannya.

Tetapi apabila mahu bercakap dengan kepimpinan umno samada atas tanah atau bawah tanah, samada melalui org tengah atau org atas atau org bawah, (undergrnd, above grnd etc) adalah sesuatu yg pelik.

Disebelah kanan kita mengatakan kita sentiasa bersama PR. Disebelah kiri kita berbisik bisik mengatakan kerajaan perpaduan atau duduk memerintah bersama BN. Memang kita tidak masuk BN, tapi konsep kerajaan perpaduan ialah ianya memerintah bersama BN dan semua org sama sama memerintah. Idealnya, yg memerintah atau terlibat dalam pemerintahan adalah BN & PR bersama sama. Itu lah secara idealnya kerajaan perpaduan. Ya, PAS tidak akan masuk UMNO. Tapi pas akan bersama sama memerintah dgn BN.

Persoalannya? Bagaimana rasa hati kawan kawan PR bila kita berbisik bisik dgn orang sebelah kiri? Disebelah kanan kita sudah ada PKR & DAP. Saya yakin PKR& DAP tidak ada sekelumit pun keinginan mahu bersama BN terutama UMNO. Adakah sebahagian pemimpin PAS yg tersorong sorong pipi untuk bersama sama kerajaan perpaduan dgn BN.

Ataukah kerana sebahagian pemimpin pas yg mengatakan PAS yg menjadi playmaker dalam politik hari ini maka pas tidak lagi perlu merasa apa apa untuk bercakap kesebelah kanan dan berbisik disebelah kiri. Kenyataan PJ Perak yg mengatakan ada pemimpin bertanya 'tidak bolehkah kita bersama umno' apabila pas perak menegaskan bersama dap&pkr, membuktikan ada segolongan pemimpin pas yang memang ingin benar nak bersama umno bn.

Saya berpendapat semua org bersedia utk berdakwah kepada pengundi pengundi umno, tapi tidak ramai yang mahu untuk bersekongkol dengan umno, sekadar utk mendapat kerusi empok menteri dan kereta mewah kerajaan.

Kalau situasi ekonomi yg berlaku pada hari ini dijadikan alasan, ianya adalah berbentuk bermusim. Maksudnya, ekonomi dunia adalah bermusim dgn pusingan 7-10 tahun dan ia akan pulih apabila ekonomi dunia pulih. Kenaikan harga minyak adalah antara tanda bahawa ianya semakin positif. Kenaikan minyak mempunyai kaitan dengan supply & demand, dan kenaikan minyak ada kaitan dengan demand yg bertambah. Dalam kata lain, kalau keadaan ekonomi dijadikan sebagai alasan untuk kerajaan perpaduan, ianya adalah satu alasan yg dangkal.

Bukan mudah untuk berpolitik dan pada masa yang sama berdakwah. Tapi itulah yg telah pas lakukan selama ini iaitu berdakwah kepada org ramai tentang keadilan islam dan meminta mereka mengundi pas demi untuk keadilan. Orang ramai itu termasuklah pengundi tegar umno bn.

Dan selama ini, kita tidak perlu pun konsep kerajaan perpaduan untuk melakukan dakwah tersebut.

Tegasnya saya bersetuju dgn presiden pas bahawa kita perlu bercakap dgn semua org demi dakwah. Tapi ia tidak memerlukan kerajaan perpaduan atau underground talk.



Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com


0 comments: