Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, June 16, 2009

NURANI 2

--- Apabila nabi Musa A.S menunjukkan mukjizatnya dengan membalingkan tongkat yang berada di tangannya, lalu berubahlah tongkat itu menjadi ular yang sangat besar dan ular ini kemudiannya memakan kesemua ular jelman ahli sihir yang bilangannya hampir 1000 ekor, kesemua ahli sihir akhirnya mengakui kenabiaan nabi Musa A.S dan beriman kepada Allah, kemudian ular ini meluru ke arah Fira'un dan berlarilah Fira'un untuk menyelamatkan dirinya sehingga tidak cukup tanah untuk belari dan akhirnya dia menghadap diri kepada nabi Musa meminta nabi Musa menyelamatkan dirinya dari ular itu dan berjanji akan beriman kepada Tuhan nabi Musa, lalu akhirnya nabi Musa memegang ular itu dan bertukarlah kembali ular itu menjadi tongkat akan tetapi Fira'un tetap tidak beriman kepada Allah....

Bercerita pula mengenai Umar, dia telah berjanji dengan pembesar quraish akan menghapuskan nyawa Muhammad, dengan pedang yang tajam dan serban merah(kesan dari darah mangsa yang melekat di pedangnya yang dilapkan di serbannya) dia meluru mencari nabi Muhammad tetapi ada sahabat yang memberitahu perkhabaran yang menyebabkan hati dan perasannya menjadi semakin marah apabila mendapat perkhabaran itu menceritakan yang adik perempuannya bersama suaminya telah memeluk islam lalu kelajuan derapan kakinya meluru ke arah rumah adiknya dan apabila tiba dirumah adiknya, terdengar di telinganya bacaan dari surah Taha yang bermaksud "Taa haa, kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu(wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan , hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah,(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, Iaitu(Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy".

Kemudian Umar meluru mencari Rasulullah s.a.w yang berada di rumah Al-Arqam ketika itu dan perkhabaran itu sampai kepada Rasullullah lalu rRasulullah menyuruh semua sahabat bersembunyi tapi sahabat ingin berada bersama baginda tetapi baginda tetap mengarahkan sahabat bersembunya dan terpaksalah sahabat akur walaupun dalam keadaan hati yang sangat berat....... Apabila Umar sampai di hadapan rumah Rasulullah berkata kepada Umar" Kalau kamu datang dengan niat yang baik masukklah tapi kalau dengan niat yang sebliknya tunggulah di luar..Umar terus meluru masuk berlutut di hadapan Rasulullah s.a.w dan sambil menangis mengakui kerasulan baginda lalu baginda megajarkan pada Umar 2 kalimah Syahadah.... dan bertakbirlah sahabat yang berada dalam rumah itu, bersyukur dan ta'jub dengan kehendak Allah Subhanahuwataala. ..

Inilah 2 kisah yang ingin dikongsi bersama, mengenai hati... hati yang dimaksudkan di sini ialah hati nurani yang di peringatkan di dalam Al-Quran.... Apabila kita melakukan maksiat akan terbinalah bintik hitam di dalam hati dan hanya istighfar yang akan memadamkan bintik hitam itu, sentiasalah membersihkan hati kita dan cara yang terbaik untuk membersihka hati ialah dengan zikrullah den zikrullah itu bukan hanya dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir tetapi solat, menghadiri majlis ilmu, membaca hadis juga dikira sebagai zikrullah... pada zaman tabiin lahirlah ilmu tasawuf untuk mendidik hati supaya hati kita menjadi lembut seperti hati umar dan Abu Bakar yang apabila di alunkan ayat-ayat Allah mengalir air mata kerana takut pada Allah.....Takutlah untuk melakukan maksiat kerana kuatir hati kita menjadi semakin gelap sehingga tidak mampu untuk mengalirkan air mata keinsafan.Moga Allah menganugerahkan kepada kita hati seperti saidina Umar Al-Khatab yang lembut dan suci....aku tujukan khas buat diriku terutamanya "

tinggalkanlah segala maksiat untuk mendapat keredhaan dan ketenangan dalam kehidupan sementara ini, apabila kita melakukan maksiat,sebenarnya pada ketika itu kita sedang bertuhankan kepada maksiat dan sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran. ..perhatikan balik solat mu agar solat dan ibadah lain akan menjadi benteng kapada dirimu dari segala kemaksiatan"


"Ya Allah kasihanilah aku agar aku boleh meninggalkan amalan maksiat selama-lamaya, selagi Kau hidupkan daku, kasihanilah akan dadu dari beban yang tidak perlu , dan kurniakanlah daku kebaikan yang kau redai"...


Darussyifa' 15 june 2009
nazman

0 comments: