Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, August 18, 2009

AYAHANDA SAJA BUAT GIMIK



Bismillahirahmannirahim..

Hasrat pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 43, bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini berkecai kerana gagal menyerahkan borang pencalonan dalam tempoh ditetapkan.

Beliau yang berpakaian serba hitam tiba di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di sini jam 9.50 pagi kerana mendakwa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di kawasan penyokong Pas.

"Ketika saya mahu menyerahkan borang pencalonan, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya memaklumkan masa sudah tamat iaitu pada jam 10 pagi. Jadi, saya tidak dapat bertanding," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun tidak dapat bertanding, beliau tidak kecewa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya dan tidak akan berputus asa untuk menyertai pilihan raya lain pada masa depan.

"Saya mula bertolak ke pusat penamaan calon pada jam 6 pagi bersama-sama penyokong tetapi terperangkap dalam kesesakan sehingga terpaksa berjalan kaki kira-kira dua kilometer. Sebaik tiba masa sudah tamat," katanya.

Kamarul Ramizu berkata, jika beliau dibenarkan bertanding mungkin terpaksa berdepan dengan kesukaran berkempen pada Ramadan yang menuntut umat Islam supaya menambah amal ibadat.

Beliau juga menasihatkan kedua-dua calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan Mohd Salleh Man dari Pas bertanding dengan cara berhemah dan menghormati Ramadan ketika mereka berkempen.

Sementara itu, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik ketika mengulas perkara itu, berkata Kamarul Ramizu sebenarnya masih boleh menghantar borang pencalonannya ketika sampai di pusat pencalonan.

"Beliau langsung tidak dihalang oleh pegawai kami yang menganggapnya mahu menghantar borang kerana beliau sudah membelinya, tetapi beliau mengambil keputusan untuk tidak menghantar borang ketika dalam dewan.

"Jadi, dakwaannya bahawa kami menghalangnya adalah tidak benar kerana beliau sebenarnya mempunyai masa tetapi tidak menghantar borang pencalonannya," katanya.

- BERITA HARIAN

BS: Terlambat ke saja buat gimik...? hehehehhe... klau dah banyak sgt duit tu toksah la dok nak bertanding kesana kemari.. xder apa yg nak di perjuangkan.. Lebih baik duit tu sedekah pada fakir miskin.. ramai lagi org yg sesah kat malaysia nih.. x tau la pulak klau ada perti2 BONGOK yg sponser... huhuhu..

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

5 comments:

CUPING MERAH said...

ITU CALON SEBAGAI BACKUP UMNGOK JER..JIKA CALON UMNGOK DITOLAK SPR DIALAH PENGGANTINYA...

BUJANG SUSAH said...

Tau xper...

TBO said...

salam
he he orang tue tu org Parit,Perak malukan keme aje he

www.telokbakong.com

BUJANG SUSAH said...

OO.. org kampung kome ke TBO? mcm tok pawang jer rupa dia ni.. hahahaha

abang besi said...

hampas.