Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, March 5, 2010

KERA....JAAN BERJAYA KERANA GERTAKAN DAN UGUTAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada orang yang memuji Noh Omar kerana berjaya menjinakkan pengimport2 ikan yang pada mulanya memboikot penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG). Apa yang gua terkilan... sebagai seorang menteri pendekatan yang beliau gunakan adalah bersifat diktator dan ugutan.


Menteri Pertanian Asas Tani ini, telah mengertak para pengimport dan pemborong ikan jika enggan mematuhi arahan tindakan yang akan di ambil oleh kera...jaan ialah dengan menarik lesen mereka dan diberikan kepada syarikat lain yang berminat.

Dalam isu ini, seperti yang di perkatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusoff Ismail di mana beliau sendiri membantah syarat mewajibkan pembelian kotak berinsulasi itu hanya daripada KF Marketing Sdn Bhd (KFM) yang ditaja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Katanya, monopoli KFM itu bersifat menindas rakyat kerana semua kos tambahan akan disalur kepada mereka, walhal lima kilang lain bersetuju menjual kotak sama pada harga lebih murah.

Di sini kita dapat menilaikan bukannya para pengimport dan pemborong ikan ini tidak mahu menyokong cadangan kera.... jaan tetapi mereka mempertikaikan kos harga tong ikan yang mahal yang di paksa beli dari KFM Marketing Sdn Bhd. Sedangkan ada lima kilang lain yang mengeluarkan produk yang sama menjual dengan harga yang lebih murah.

Persoalannya mengapa harus mewajibkan pembelian dari sebuah syarikat yang di pilih oleh Kera..jaan (LKIM), mengapa tiada kelonggaran pembelian dari mana2 kilang/syarikat yang menawarkan harga yang lebih murah, dan pada masa yang sama pihak Kementerian/LKIM membuat pemantauan ke atas mutu/kualiti kotak tersebut, jika isu kualiti kotak itu yang menjadi keutamaan.

Pada gua... arahan ini hanyalah satu penganiayaan kepada pemborong dan pengimport ikan dan salah satu jalan/cara untuk mengkayakan kroni2 mereka.

Kepada semua pemborong dan pengimport ikan pula, mereka terpaksa akur dan tunduk kepada gertakan dan ugutan tersebut kerana terpaksa. Kerana itulah sumber pendapatan mereka...

Dengan harga tong ikan yang mahal, kos pengimport/pemborong meningkat dan secara automatiknya harga ikan dalam pasaran akan meningkat juga... "Rakyat di dahulukan untuk di sembelih... dan Pencapaain kepada kroni dan tembolok Noh Omar di Utamakan".

Jadi... inikah yang di namakan "Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan", tiunaseng punya slogan... Rakyat di perbodohkan lagi... oleh Kera...jaan Barisan Nasional. Ada baiknya jika di sumbat saja Noh Omar kedalam Tong Ikan yang mahal tu.. - ISA


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: