Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, September 25, 2010

SYABAS KURANG AJAR ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tarif air: Syabas tuntut Selangor bayar pampasan RM308 juta



Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menuntut RM308 juta daripada kerajaan Selangor, didakwa sebagai “pampasan”, kerana menghalang menaikkan tarif air di negeri itu.

Kerajaan negeri menerima dua surat tuntutan bertarikh 15 September 2010.

“Syabas membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan dengan memberi alasan kononnya syarikat itu mengalami kerugian disebabkan keengganan kerajaan Selangor membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung dalam perjanjian konsesi,” kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata, Syabas juga mengugut untuk mengheret kerajaan Selangor ke mahkamah jika gagal menunaikan tuntutan mereka dan enggan mematuhi syarat perjanjian.

“Ditegaskan di sini, kerajaan negeri sedikit pun tidak gentar dengan tuntutan Syabas,” kata kenyataan itu.

Syabas tidak layak sama sekali untuk menaikkan tarif air sedangkan rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air antaranya; bekalan air teruk, bekalan air tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk yang telah mengakibatkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit.

Ia menambah, jika Syabas dibenarkan menaikkan tarif air sehingga 37 peratus seperti yang disebutkan dalam perjanjian konsesi, harga air akan menjadi lebih mahal berbanding harga petrol semasa.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan membenarkan perkara ini berlaku kerana rakyat masih dibelenggu dengan kemelut ekonomi global, apatah lagi perkhidmatan air yang diberikan tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Selangor mempertahankan hak rakyat Selangor mendapatkan perkhidmatan air yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

“Air adalah keperluan asas yang dianugerahkan Allah dan oleh itu, hanya kos minimal bagi proses rawatan air patut dikenakan,” katanya.

Ia menjelaskan, konsep penswastaan yang diperkenalkan pada 1982 mempunyai matlamat jelas iaitu mengurangkan tanggungan kerajaan dalam memberi perkhidmatan asas kepada rakyat dan pada masa yang sama tidak membebankan rakyat dengan bayaran yang melampaui kemampuan.

“Pengenalan konsep tersebut tidak tercatatat langsung bahawa penswastaan bertujuan untuk memberi keuntungan melampau kepada mana-mana pihak apatah lagi mereka yang berkait rapat dengan pemerintah.

“Dengan ini, kerajaan negeri menyatakan semangat konsep penswastaan telah dicabuli oleh golongan yang tamak dan berkepentingan sekali gus telah mencabar kepentingan rakyat,” katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, kerajaan Selangor pada masa yang sama yakin mempunyai hak dan alasan yang kukuh untuk mengheret Syabas ke mahkamah kerana kegagalan mereka mematuhi beberapa asas penting yang terkandung dalam perjanjian konsesi air yang ditandatangani.

“Akibat kegagalan tersebut telah merugikan rakyat Selangor sehingga mencecah jutaan ringgit.

“Menteri Besar telah berulang kali menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan menentang dengan cara apa sekali pun, usaha Syabas atau mana-mana pihak yang mencabar rakyat Selangor terhadap hak mutlak air,”



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: