Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, November 14, 2010

MARI KETAWA

بسم الله الرحمن الرحيم



Cerita 1

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lepas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .

Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin ?"

Jawab kadi.."Hak kamu le.."

Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."

Cerita 2

Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi merasmikan pusat pembiakan lembu Australia . Di depan hadirin.. seorang petugas dengan semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu ini..

"Dato dan Datin.. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali sehari."

Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri menteri itu berbisik ke telinga suaminya.. "Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang..!"

Mendengar komen isterinya itu.. menteri tersebut cuma masam muka saja. Kemudian petugas di depan nya tadi meneruskan penerangan.. . "Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!"

Menteri dengan senyum membisiki telinga isterinya.. "Dengar tu.. Lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan.. bukan dengan satu betina saja.."

Cerita 3

Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan sendiri.. Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya.. kemudian berkatalah orang tuanya... sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri.. carilah yang sopan santun dan ORIGINAL.

Hatta sebulan mencari bertemulah dia dengan seorang jejaka yang sopan santun tapi keORIGINALannya belum lagi diketahui... setelah selesai upacara akad nikah maka malam pertama pun dilalui bersama.

Pada malam pertama si suami memakai kondom kononnya untuk merancang keluarga. Keesokan harinya.. si isteri pun memberitahu kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul ORIGINAL..

Kemudian orang tuanya pun bertanya: "Macam mana engkau tahu laki engkau tu ORIGINAL?"

Anaknya dengan selamba campur megah berkata: "Betul abah...! ORIGINAL...! Plastik pun tak bukak lagi...!"-

- sembangkosong10


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.