Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, December 6, 2010

TOYOL LETAK JAWATAN PENCOPET?

بسم الله الرحمن الرحيم

Khir Toyo Lepas Jawatan Ketua Pembangkang Selangor

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Mengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti. Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar. Beliau membuat pengumuman itu dalam blognya hari ini.

Pagi tadi beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.

Khir ddakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.




Note: Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: