Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, April 14, 2011

DETEKTIF WANITA PENYIASAT SKANDAL

بسم الله الرحمن الرحيم

AMNUAIPORN MANEEWAN berkongsi hasil pengalaman kerjanya sejak 15 tahun sebagai penyiasat persendirian di Thailand dengan berkata: “Satu-satunya lelaki yang anda boleh percayai ialah yang sudah mati. Jika mereka masih hidup, masih bernafas, maka anda tidak boleh percaya pada mereka,” katanya.


BEBERAPA peralatan penyamaran yang digunakan dalam penyiasatan.

Dengan alat-alat bantuan ala James Bond, termasuk kamera pengintip dan alat pemotong, tugas Amnuaiporn adalah khusus dalam mencari bukti pasangan yang curang untuk satu firma undang-undang di Bangkok. Wanita berusia 42 tahun itu kini seorang pakar dalam mengenal pasti mereka yang curang.

Itu termasuk menangkap mereka dalam situasi mencurigakan menggunakan kamera-kamera kecil dan peralatan rakaman yang disembunyikannya dalam pen, kunci kereta, punat butang serta mesin kira-kira.

Kerjanya telah menjadikan dia seperti seorang selebriti mini di Thailand, sebuah negara yang sesetengah lelakinya menyifatkan bahawa memiliki mia noi atau isteri simpanan adalah suatu hak sah.

Detektif wanita simpanan itu mendedahkan, aktiviti seumpama itu semakin menjadi-jadi di Thailand.

“Jumlah kes bertambah setiap masa dan tidak menyusut langsung. Kini, mereka bukan hanya mempunyai seorang perempuan simpanan, tetapi dua atau tiga perempuan simpanan.

“Ia seperti satu trend. Sudah menjadi kebiasaan. Tiada manusia yang meninggalkan rumah tanpa seorang perempuan simpanan,” kata Amnuaiporn.

Begitupun, situasi kerjanya tidak pernah lebih baik.

Tiga atau empat pelanggan baru, kebanyakan wanita berusia di antara usia 20-an hingga 60-an, menghubunginya setiap hari. Pegawai kerajaan nampaknya antara golongan yang paling ketara memiliki perempuan simpanan. Salah satu cara mengeksploitasi wanita menerusi jawatan-jawatan mereka.

“Mereka mempunyai status, kuasa dan wang. Agak mudah bagi mereka ‘membayar’ wanita lain,” kata Ronnachai Kongsakol, seorang profesor psikiatri di Hospital Ramathibodi di Bangkok.

Penyelidikan terhadap subjek hubungan luar nikah oleh pegawai mendapati keadaan itu wujud daripada kemesraan dan unsur simpati yang digunakan sebagai tarikan oleh perempuan simpanan.

Lebih mengejutkan, ia bukan sekadar melibatkan lelaki Thai dalam jaringan itu. Amnuaiporn menganggarkan bahawa tiga daripada 10 panggilan yang diterima akhir-akhir ini adalah daripada si suami yang mencurigai isteri mereka.

Kisah-kisah curang semakin banyak berlaku dalam kalangan masyarakat Thailand.

Hubungan sulit

Panaa hidup berpacaran selama tujuh tahun sehingga dia mendapati teman lelakinya itu menjalin hubungan sulit dengan wanita lain. Dia yang berusaha mengesan perempuan itu bagaimanapun terkejut apabila mendapati bahawa wanita yang disangka perempuan simpanan itu sebenarnya isteri teman lelakinya yang sah.

Wanita tersebut mempamerkan sijil perkahwinan yang membuktikan dia berkahwin dengan teman lelaki Panaa, sekali gus menjadikan Panaa berstatus perempuan simpanan.

“Saya terkejut dan saya tidak pernah terfikir akan menjadi perempuan simpanan. Saya buntu fikiran. Saya sangka saya seorang yang sangat bermoral tetapi rupa-rupanya tidak,” kata Panaa, yang merayu agar nama sebenarnya tidak didedahkan.

Sementara Panaa tidak memerlukan khidmat seorang pakar untuk menyingkap skandal yang melibatkan dirinya, ramai pula yang meminta bantuan untuk mencari kebenaran.

“Jika tidak ada orang seperti saya, orang ini akan menderita. Saya dan kerja saya adalah untuk menolong orang buka mata dan melihat kebenaran,” kata Amnuaiporn.

Kerjanya membuatkan dia dikenali di Thailand. Perwatakan, tingkah laku ramah dan kisah-kisah curang yang dikongsi telah mengambil slot di kebanyakan saluran televisyen dan media cetak.

Bukan itu sahaja, Amniuaiporn juga menghasilkan bukunya sendiri iaitu The Private Eye: They Ask Me To Investigate Adultery, sebuah karya yang mendedahkan kisah benar menjejaki kecurangan sejak dia memulakan kerjanya itu. Buku tersebut menggambarkan imej-imejnya dalam pelbagai penyamaran, termasuk salah satunya Amnuaiporn berpakaian seperti penduduk Asli Amerika yang lengkap dengan hiasan kepala berbulu.

Serbuan

Amnuaiporn pernah diupah oleh seorang lelaki kaya yang mencurigai gerak-geri isterinya. Bila lelaki itu berpura-pura ke lawatan luar negara atas urusan kerja, isterinya menggunakan waktu itu untuk bersama seorang lelaki, malah turut dikesan menghabiskan masa dengan seorang lelaki lain di sebuah hotel.

Pada masa itu, Amnuaiporn dan lelaki kaya itu berjaya mengesan pergerakan wanita tersebut. Apabila tiba di hotel berkenaan, suami wanita itu menghentam pintu bilik yang disyaki sedang disewa oleh isteri dan kekasihnya. Namun, lelaki itu mendakwa dirinya bersendirian.

Selepas mencari isterinya di beberapa unit bilik berdekatan, Amnuaiporn dan lelaki kaya itu mendapati wanita tersebut bersembunyi dengan menekap dirinya di dinding balkoni seperti seekor cicak.

Buku Amnuaiporn itu turut mendedahkan tip asas untuk menilai jika pasangan anda sedang curang atau tidak. Misalnya, mengubah personaliti diri secara tiba-tiba atau selalu sibuk dengan lawatan perniagaan ke luar negara yang tidak diduga.

Di samping kerjaya Amnuaiporn yang membawa dirinya ke puncak kemasyhuran dan keghairahan, pendedahan tentang kecurangan yang berlaku secara bebas sedikit sebanyak telah mempengaruhi niatnya untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya khuatir bahawa saya akan menghadapi masalah yang serupa. Saya rasa saya lebih selesa hidup sebagai wanita solo,” katanya. - Kosmo


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

dear anies said...

buku dia ada dijual dimalaysia x?

Sudikah engkau berdoa untukku?

penemuan luar biasa !!! said...

perrghh... best gak jadi spy nih.. mcm2 luar biasa bleh jumpe..hehe, jgn tengok!!

dyea irdina said...

wah bila lelaki curang pompuan dapat tambah pendapatan...pas ni leh buat sekolah penyiasat unt pompuan ajer...n semestinya siasat lelaki jew