Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, April 17, 2011

SIASAT JANGAN TAK SIASAT

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR 17 APRIL : Polis Bukit Aman sudah menyiapkan siasatan berhubung video lucah Datuk T mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan bersabit kesalahan mengedar bahan lucah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan, Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.



Beliau berkata, identiti pemilik jam Omega bersabit kes itu tidak menjadi faktor penting dalam siasatan polis kerana perkara utama adalah “siapa penayang video itu,”.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Chik, yang juga Pengerusi Risda, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mereka sebagai gandingan Datuk T yang menayangkan video itu kepada media tertentu di Hotel Carcosa 21 Mac lalu.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu. Eskay juga menyerahkan sebuah jam Omega milik Anwar yang didakwa beliau dicuri oleh pelacur berkenaan.

Anwar menafikan dakwaan itu sebagai fitnah dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berada di rumah pada malam rakaman itu dibuat dan beriinteraksi menerusi Twitter dengan jaringannya. Anwar juga mengesahkan bahawa beliau masih mempunyai sebuah jam Omega dalam simpanannya.

Acryl berkata, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," katanya.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

"Kita tunggu sahajalah...kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu," katanya.

"Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu," kata Acryl.

Note:kah kah kah kah... mungkin akhirnya polis tak akan jumpa siapa penayang video tu nanti.. kah kah kah kah.. susah oo nak cari org ni.. clue pun takda.. kalau nak suruh orang yang tayangkan video ni mengaku memang susah la kan..



Soalan: Eh bukan masa mula-mula kes video ni keluar dah ada 3 orang malaun mengaku dia yang memiliki dan menayangkan video tu ke?

Polos: Ishhh.. pengakuan itu belum tentu betul tu.. mana tahu mereka ni saja bergurau senda ke..jadi polos terpaksa membuat siasatan lebih lanjut..

Soalan: Bukan ke salah seorang dari mereka kata yang jam omega tu dah diserahkan pada pihak polos.. xkan polos tak tahu siapa orang tu?

Polos: ishhh.. masa dia cakap tu dia bergurau je.. jadi itu masih tidak membolehkan dia didakwa..

Soalan: Tapi selepas tu orang tu tukar kenyataan dengan mengatakan jam omega itu ada padanya pula..?

Polos: Tentang jam omega tidak penting... fullstop!!

Soalan: Dari mula perkara video ini di sebarkan oleh media-media perdana.. sehingga penayang video ini sendiri mengaku dia yang menayangkan video ini xkan polos masih nak siasat lagi siapa mereka ini... takkan tak kenal kot?

Polos: Perkara ini masih dalam siasatan.. sekian terima kasih...

kah kah kah kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

Amuraria said...

UNDANG-UNDANG PORNO DI MALAYSIA SUDAH TUKAR KA ? BOLEH TUNJUK VIDEO SEX TADAK SALAH KA ? INI UNDANG-UNDANG KA ATAU TAIK UDANG ?
HAPRAK BETUL PENJAGA UNDANG-UNDANG ! APA PUNYA TURRR DEPA !

penemuan luar biasa !!! said...

ish.. mcm2 penemuan luar biasa skang nih.. bile laa nak abis..