Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, July 6, 2011

POLIS NAK TANGKAP AGONG ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Begitu takutnya Najib dengan kebangkitan rakyat. Orang jual baju bersih pun kena tangkap.. Yang pakai baju Patriot ok jer plak.. polis tak marah pun.. jauh sekali nak kena tangkap.. Tapi ugutan dan penahanan yang tidak adil kepada penyokong 'BERSIH' menggambarkan seolah-olah polis bertindak untuk pihak parti politik yang memerintah dan bukan untuk menjaga keselamatan orang awam.


Aksi Rakyat Kelantan Membantah Penahanan Peniaga Baju ' BERSIH '

Kepada semua rakyat Malaysia marilah kita bersama-sama turun pada 9 julai ini sebagai tanda kita semua inginkan satu pilihanraya yang bersih!!!!! Yang di-Pertuan Agong dah benarkan untuk berhimpun... tak kiralah di stadium atau dimana saja asalkan kita semua turun!!!!!!!



Sedikit pesanan buat encik-encik polis yang dibawah telunjuk Najib.. Kalau nak tangkap rakyat jangan lupa tangkap Yang di-Pertuan Agong sekali.. Sebab Yang di-Pertuan Agong yang benarkan rakyat berhimpun.. Encik-encik polis juga jangan lupa apa maksud dari singkatan PDRM... Ingat!!! PDRM tu bukan bermaksud Polis Di bawah Rosmah Mansor...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

coretan lia iqmalia said...

hehe..Bersihkan DIA dari msia neh...hehe..beselah kalau dah takot,mcm2 jd

Anonymous said...

salam...betul ke akan ade perhimpunan BERSIH..

boleh jamin ke phimpunan ini tak akan mengugat keamanan ngra..?

saya tkt...3,4 pkr yang dikejar..mnyebabkan kita kehilangan semua yang kita miliki hari ini...

so sad...